Rabu, 7 Jun 2017

MENU BERSAHUR RAMADHAN 11 2017

Menu Bersahur Ramadhan 11 2017
Ikan Jenahak Masam Manis vs Tomyam Sayur

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung Halamanku Semua, tqvm atas kesudian u all singgah lepak manggis kat Halamanku yang tidak seberapanya ni, yelah n3 pun menu simple2 kami jer yang terdaya nak ku leburkan di dalam Dapo kecilku itew.. sebenarnya lebih untuk ku abadikan menu2 yang terhasil di dapur ku je ni.. hihihi
ok lah berbalik kepada n3 kalini nak share menu bersahur kami untuk Ramadhan 11 ni.. pastinya menu2 yang mudah n cept disediakan, apa taknya tuan tanah ni lebur2 waktu pagi tu juge.. sbb selalunya waktu berbuka kami akan berbuka menu simple2 so time bersahur kami mkn yang berat2 di tambah dengan dugaan berat mata neh.. memang menu yang terhasil tu menu yang.. mudah2 je lah yer hihihi jom layan..

Jenahak Masam Manis

untuk menu ni ikut resepi n selera tekak tuan tanah.. Alhamdulillah mmg sedap, cuma kita x mo pedas so hanya pedas sos x buh cili,  jom share resepi

Jenahak Masam Manis simple

1 ekor ikan jenahak sederhana besar - tabur/ lumurkan sedikit garam n golek di tepung jagung sebelum digoreng garing

Bahan2 Sos
1 Labu bwg - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1labu bwg merah - mayang
1/2 inci halia mayang
1 batang serai - mayang
1 sudu pes asam jawa
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
garam n gula secukup rasa
sedikit air

Cara2
1. tumis bahan kisar sehingga harum n masak
2. tambahkan bahan2 yang dimayang
3. tambahkan bahan2 (pes asam jawa + sos tiram + sos tomato + sos cili), terus menumis sehingga bahan2 sebati, tambahkan sedikit air untuk kuah, x banyak2 sekadar kuah (pekat)
4. perasakan dengan garam n gula n masak sehingga didih n sedia digunakan.
5. Siram ke atas ikan yang telah di goreng garing n siap 

Mudahkan? Selamat Mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan