Jumaat, 26 Disember 2014

MARBLE CHEESE BROWNIES

 Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum semua... Salam bersiaran semula setelah lama menyepikan diri ehik... maaf dan terima kasih kepada smua pengunjung2 Halamanku dan sahabat2 Alam mayaku semua... kekangan masa tidak mengizinkan aku untuk n3.. 
Alhamdulillah kami sekeluarga sihat2 sahaja... anakku Azfar juga kian membesar... kini berusia 1 thn 10 bulan... semuanyer berjalan lancar.. proses pembesaran Azfar juga baik.. sekarang telah pelbagai keletahnyer... Alhamdulillah berkat doa kalian juga...
ok lah berbalik kepada n3 kali neh... menu neh telah acapkali ku buat dan Alhamdulillah telah menerima tempahan juga daripada kawan2 dan kenalan...
Aku juga telah berniaga kecil-kecilan hihihihi ahaks... malu lak... saja2 mengisi masa lapang bersama kengkawan di FCC (Foundation Center Conner) alah menu mudah2 jer... len kali erma n3 lak cita pasal berniaga tu yer... hihihi Jom layan resepi Marble Cheese Brownies yang sedap n mudah disediakan...

 Sebelum Proses Pembakaran

Selepas Pembakaran
Sedia dimakan... dan... mmmmm yammmmyyy
Selamat Mencuba... amat mudah untuk menyediakannyer dan berbaloi kesedapannyer.. ewah..

 MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:


1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong