Khamis, 30 Jun 2011

Mini Pizza

Mini Pizza

Salam semua...mmmm lamanyer tak menguli pizza ni.. hu hu hu.. maklumlah ngan kederat tulang 4keratku ini ha ha ha cam aper lah sangat kan? kan? kan? he he he abaikan.. ni nak tepek n3 menu dinner yang mudah n ikutlah aper yang ader kat stok peti ajaibku itew ha ha ha tu lah ayat macho bila nak masak aper2 ye tak? jom layan Pizza.. selalu wat tepek terus besar.. kalini ha ha ha kita wat versi kecik2 comel gitu ha ha senang gak nak ngap...

ni dah tacap2 sesiap nak masuk oven.. he he he
pakai slice cheese jek he he he

va va va sauna time... nyum2

Rabu, 29 Jun 2011

Pasta Sedap

Pasta aka Spagetti

Salam semua morning2 he he he semalam kebizian sampai balik kul 8.00mlm hu hu hu aper tu namanyer.. sian tak? SK pulak ader meeting MT Koperasi.. mmm bertambah2 letih... SK cam tau2 aku bz n lapo ha ha ha aper taknyer selalu sebelum kul 8 dah settle dinner.. ni masih tercongok kat office.. ni nak settle pelajar akunyer Biasiswa Tabung Rektor... bab ari ni n esok semua Dekan n pengarah ade retreat kat Janda Baik so.. pepahamlah yer.. berduyun2 pelajar kat Ofis tu...
Oklah ni nak n3 menu bekpes kami he he he yang senang2 ajerlah yer.. panggil apa yer? betulker istilah ku itew? ni die spesis ngan spagetti lupa lak nak cek aper nama kat i/c die pagi tadi.. he he he kira halallah yer.. Jom.. ni fresh lagi ni.. tapau gi opis.. Jom layan.. menu sarapan pagi kami..

Pasta Sedap n mudah..
untuk kuah selalu aku akan wat ikut style aku sendiri..
Jom aku tepek untuk rujukan n dikongsi bersama...

Bahan-Bahan:
½ paket spaghetti

Kuah :

250 gram daging cincang
5-6 sudu besar sos tomato
5-6 sudu besar sos cili
3 Labu  bawang besar dipotong dadu
3 biji buah tomato dicincang
2-3 sudu gram mentega (butter)
1/2 cawan susu segar
2-3 kpg cheese
2-3 sudu serbuk/ rempah Origano
Garam n gula secukup rasa

Cara:

* Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya.
- Apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti  bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat

* Panaskan periuk dan cairkan mentega.
* Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk.
* Kemudian masukkan bawang besar dan kacau.
* Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati.
* Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan Sos Cili kacau perlahan - lahan.
* + Susu n cheese... + air secukupnyer sekiranyer kuah terlalu pekat..
* Akhir sekali masukkan garam n secukup ras + serbuk Origano.. seimbangkan rasanyer..
 Biar hingga masak.

SELAMAT MENCUBA..


Selasa, 28 Jun 2011

Soto Ayam lagi

Soto Ayam

Salam semua.. bern3 kembali dipagi hari he he he harap2 semua sahabat2 sihat n happy di samping tugasan harian.. he he he canteq opening.. oklah ni nak tepek n3 dinner semalam... Aci tak? ha ha ha oleh kerana ader lebihan nasi impit.. meh kita rebus2 lagi... Wat sotopun versi yang mudah2 jek.. x de nak carik2 isi ayam... semu lebur2 jek nak resepi boleh tengok SINI atau SINI he he he jom layan Soto AyamKu itew..

Sebelum kebanjiran Sup

Ha Tu dia.. Gandingan Mantof.. mesti ader Sambal Kicap.. baru kick he he he

Isnin, 27 Jun 2011

DONUT BALL

Donut Ball

Salam semua.. morning.. eh tak berapa nak morning maklumlah tadi pepagi dah bz... he he he aperpun ni nak tayang Donut Ball yang sangat simple n sedap ni.. he he he dah ketinggalan zaman ye tak? semua2 dah wat tinggal i jek yang baru bak membuatnyer.. ni wat malam tadi he he he lebihan wat mini Pizza.. he he ..n pepagi goreng n wat bekpes.. he he he tqvm wat Kak Mas yang rajin tu.. erma ceduk kat Dapo.. n kepada semua kawan2 yang telah mencubanyer... kalau nak tgk yang comel boleh jengah kat Dapo Kak Mas... jom layan Donut Ball ku itew...

mmm gebus n sedap..

tu die selepas di tabur ngan bedak aka gula...mmmm nyum2
resepi erma tepek.. mohon halal yer.. Kak Mas..

Bahan2
• 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein

• 2 1/2 sudu besar gula
• 1 sudu besar susu tepung
• 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
• 1 sudu kecil ovallette
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 biji telur
• 1 sudu besar marjerin
• 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
• gula saduran
• **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara membuatnya :

1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan


Khamis, 23 Jun 2011

Lontong Sambal Kacang

Lontong Sambal Kacang

Assalamualaikum... morning2 dah bekpes.. he he he arini bekpes Lontong.. SK request.. he he he wat malam tadi.. pepagi tinggal masak lodeh jer.. he he he dah dua ari SK request.. pastu tengok2 stok nasi impit takde.. he he he bila dah ader stok tu SK sesiap rebus he he he aper lagi paham2 yer.. cepat godak hu hu hu tang sambal kacang yang bercinta sikit.. he he he he pepagi cebus2 kita lebur Lodeh.. siap.. Amacam syedap tak? he he he jom bekpes..Layan...

Set ni wat tak sesiap campur bab nak tapau gi kejer... he he he

Siap Tapau gi kerjer...he he he

 KUAH KACANG

Bahan-bahan:

* 150gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit (Dikisar)
* 100grm direbus n potong ikut suka.
* gula ikut kemanisan (tp kuah kcg selalu agak manis)
* garam secukup rasa
* 2 cwn Air Bancuhan Asam Jawa (bancuhan 1 sudu asam jawa)

Bahan Dikisar:

* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu udang kering
* 5 sudu cili kisar (Ikut Kepedasan)
**2 btg serai dititik

Cara2

- Tumiskan semua bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan  masak.
- Setelah sambat tumis bebetul masak masukkan  + kacang yang telah dikisar... gesek sehingga sebati n akan mengeluarkan minyak awas guna api sederhana mengelakkan hangus.. bila sebati + bancuhan air asam jawa....+ gula + garam terus masak hingga mendapat kepekatan yang diinginkan... kena sering kacau kerana bahagian bawah cepat berkerak atau hangus..perasakan ikut selera.. bila bebetul mendidih n pekat boleh angkat n hidang..

Selasa, 21 Jun 2011

Pemberian Ust. Nor Effendy - ASPARAGUS

Asparagus Udang Kering vs Ayam Hokkien

Salam semua.. morning.. bern3 kembali dengan menu dinner mlm tadi he he he sorrylah x tepek menu bekpes he he he sarapan cekodok ikan bilis jek tapau gi kejer he he he... ok lah.. sebelum tu nak ucap jutaan terima kasih kepada boss gak ni.. Timb. Pengarah.. Ust. Effendy.. ha ha ha aper lagi kalau tak ole2 best dari Cameron Highland... mendapat lagi kami satu office.. ha ha ha memasing kenduri Asparagus.. kui kui kui sampai ader gak pensyarah tegur.. 'erma jual sayur ker? berapa RM? ha ha ha ha gelak besar kami.. ader ker aku? aku pun mendapat.. maklumlah semalam aku yang dok bahagi2 ha ha ha comel2.. tqvm Ust. atas pemberian.. semoga dikurniaan ++ rezeki yg diberkatiNya..
Ok.. lah berbalik ngan n3 menu tu... balik SK senyum... terus dia order nak masak Udang kering...lagi? hu hu hu x per lah.. sedap gak.. masak terus jgn tunggu.. sementara masih segarni... aku gandingkan ngan Ayam Hokkienku.. mmmm wallah sodap.. he he he jom layan menu dinner kami.. 

memang gandingan mantaof

Asparagus Udang Kering.. lagi? he he he
tengok tu Asparagus yang Ust. Fendy bagi ni versi besaq2 huh puas hatilah makan..
nak resepi Asparagus boleh lah singgah n tengok kat SINI

nak resepi Ayam Hokkien
 boleh lah singgah n tengok kat SINI




Isnin, 20 Jun 2011

Sarapan Pagi - Burger Daging

Set Sarapan Pagi

Salam semua... morning.. memulakan minggu baru.. selamat hari Isnin dengan penuh semangat ni he he he.. ok lah.. semangat..semangat juga.. ni nak tepek n3 bekpes kami berdua.. ha ha ha jangan gelak yer.. menu yang sangat simple n mudah disediakan... ni istilah aperni bekpes gaya ni? ha ha ha...kepada semua ibu2 atau isteri2 yang bekerja... meh kita wat menu tepek2 ni ha ha ha... bukan aper.. dah malas lah nak wat sarapan.. malas lagi nak gi kafeteria hu hu hu.. jom kita layan menu dapo mudahku itew...pppsssttt semua2 beli yer.. rotipun beli ha ha ha tinggal lebur2 je he he jangan marah ha...

feberet SK Burger Daging... + + blackpepper sos.. nyum3

cam biaser wat 2 set jek.. he he he katanyer berdua.. muekekeke

Susu? hu hu hu x mo lah... minum oren jus jek..
jom layan Burger Daging...

Jumaat, 17 Jun 2011

Kue Tiaw Goreng lagi

Kue Tiaw Goreng

Salam semua... morning.. salam Jumaat yang penuh barakah.. sekejap dah hujung minggu bekerja hu hu hu.. cepat benar masa berlalu... ok lah ni nak n3 menu bekpes yang mudah lagi mengenyangkan.. ha ha ha kalau dapo mudahku ini alamatnyer yang mudah2 je lah yer... he he he jom layan menu bekpes...

posing lagi ni..he he he sedap..

Khamis, 16 Jun 2011

TERIMA KASIH 'PERKIS'

Pemberian 'PERKIS'

Salam semua.. sementara ngah panas lagi ni meh kita n3... ye lah kan .. mungkin j/kuasa biro masih delivery ha ha ha kita kasi n3..yeah.. memang gempak.. tak sangka betul.. oklah..di kesempatan ini ERMA n EFFA nak ucapkan terima kasih kepada Biro Kebajikan PERKIS (Persatuan Kakitangan Pentadbiran KUIS).. kerana meraikan Ulang Tahun kelahiran kami.. walau dah lama tapi pada kami ingatan dan ucapan ini amat dihargai...
TERIMA KASIH.. MOGA PERKIS TERUS MAJU...

aku n effa
dapat Cup Cake n towel muffin..

Jawatan Kuasa yang bertungkus-lumus panjat tangga nak anto he he he
tqvm Nisak n Yatie.. korang memang gempak he he he

meh posing ngan pemberian.. (mesti SK dapat gak ni he he he)

Effa juga..

Pemberian dari PERKIS

Agar-Agar Santan versi Pandan

Agar-Agar Santan versi Pandan

Salam semua... sihat? ni nak tepek n3 projek mlm tadi... ha ha ha lepas2 lipat n susun pakaian aku godak jap .. teringin nak makn agar2 Santan gula melaka sebenarnyer..mmmm sedapnyer.. terasa2 sejuk2 lalu kat tekak ni nyamannyer....so .. godak nyer godak.. dengan cnfdn nyer... huh Gula Kabung habis... hu hu hu agar2 dah masak so... aku gantikan ngan Pandan.. Boleh camtu? ha ha ha merungut sorang2 hu hu hu SK x der.. cam biaser gi main Futsal... so jadilah Agar-Agar Santan versi Pandan... kira halallah yer... seeeddaapppp..tapi kompom wat lagi.. nak juga Agar2 Santan gula melaka ha ha ha jom layan...


ni die.. kasi posing sama dia ha ha ha

ni semasa baru lepas dimasukkan dalam bekas.. tunggu sejuk n beku

wat 10g agar2 dapat byk juga..

mudah.. letak dalam bekas siap2..
mudah dibawa n makan ngan kengkawan opis... jom mkn..
nak resepi.. boleh rujuk SINI cuma erma gantikan ngan paste Pandan..

Rabu, 15 Jun 2011

Ikan Kembung 3 Rasa

Ikan Kembung 3 Rasa

Salam semua.. menu dinner mlm tadi.. he he he menu berulang tu.. tapi sibuk nak tayang jugak.. he he he.. akhir2 ni suker lah nak ratah2 ikan garing2 ni he he he mkn nasi kureng.. so.. wat lauk lebih sikit.. saiz ikan pun x besaq he he he kalau nak syer blh tengok SINI atau SINI he he he sedap n mudah disediakan... jom layan menu 3 rasaku itewww... he he he

sedap tak? kan? kan? kan? sedap....he he he

Selasa, 14 Jun 2011

Lemak Cili Api Ikan Kering vs Nenas

Lemak Cili Api Ikan Kering vs Nenas

Salam semua.. selamat pagi.. dah sarapan? pagi ni kami bekpes sandwich Sardin jek.. so malas nak tepek n3.. he he he ni menu aritu.. dinner, tetiba jek tekak teringin nak makan lemak nenas? ntah.. Ikan kering? Idokler teringin lagi.. so wat tak banyak.. Ikan kering pun pakai Ikan gelama mak ilai2 he he he wat pekat2 mmmm sedap mkn ngan nasi panas2 nyum3 he he he SK pun bertambah makan.. he he he lama x makan menu2 cam ni..sesekali ubah selera sedap gakkan? jom layan menu sedap ni...



mmmm lauk biasa jek.. tapi best tau he he he masuk bakul daaaa...


Isnin, 13 Jun 2011

Puding Mangga

Puding Mangga

Salam semua... ni nak tepek n3 rentetan buah mangga pemberian memberku Kak Tini... maklumlah mangga tu bukan sahaja sedap n manis... besar lak tu.. kalu sekali hadap alamatnyer mmm x habis ler kan.. so sebahagian tu aku wat puding... puding mangga yang ku cipta ha ha ha.. tapi respon baik dari SK n kawan2 SODAP ha ha ha x dapat nak nolong wat x banyak... terus aku simpan resepi ciptaanku itew... mana tau karang nak wat lagi lupa lak ha ha ha masa wat tu ikut2 perasaan he he he jom layan Puding Manggaku itew..

ha'ah wat sesiap masuk dlm bekas.. kecil2 mudah nak bawa ke office..
wat tak banyak dapat 8 bekas kecilni..
ok lah untuk rujukanku masa akan datang meh aku tepek resepi...

Bahan2 ( dapat 8 bekas kecil n 2 standglass)
A. (bhg/lapisan bawah)

2 cwn buah mangga masak ranum (potong dadu) + kisar ngan 2 cawan air
11/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung beras
1 cwn gula
1 cwn air

Cara2
* campurkan semua bahan kacau sebati
* masak atas api yang sederhana sehingga mendidih n likat..
* setelah masak masukkan kedalam bekas pilihan n biar sejuk
* Tidak Perlu + apa2 bahan pewarna.. cukup warna Asli mangga
* sediakan bahan lapisan atas

B. (bhg/lapisan Atas)
1/2 cwn tepung beras
1 cwn santan pekat
1/2 cwn air
1 sudu kecil garam

Cara2
* campurkan semua bahan kacau sebati
* masak atas api yang sederhana sehingga mendidih n likat..
* setelah masak masukkan ke atas lapisan pertama (mangga)
* biarkan sejuk
* tambah potongan mangga yg dipotong dadu (bukan hanya hiasan tapi sedap dimakan bersama puding)

SELAMAT MENCUBA













Buah Mangga TOK

Buah Mangga TOK

Salam semua... morning... memulakan minggu baru... ok lah n3 kalini nak tepek Buah Mangga pemberian rakan sepejabatku Kak Tini... tqvm kak... MAngga TOK katanya dari Perak... beliau bercuti pulang ke kg.. maluklah cuti sekolah.. syukur alhamdulillah mendapat kami seoffice he he he sorang sebiji.. makanya..tengoklah besarnya.. rasa 1kg @ lebih.. bab memang besar n berat... tqvm kak tini.. terima kasih daun keladi he he he.. jom layan buah kegemaranku itew..

ha.. tudia.. tgn SK tu.. amacam besaq tak? he he he



pinggan pun guna pinggan makan.. he he he
menu manggaku.. tunggu....

Jumaat, 10 Jun 2011

Asparagus Udang Kering

Asparagus Udang Kering

Salam semua... he he he die kuar lagi... nilah dia resepi Asparagus masak udang kering.. he he he menu bebiase jek tapi memang sodap di tambah dengan kesegaran dan kerangupan dak Asparagus he he he kesegaran n keharuman Udang kering yang membuka selera.. he he he.. jom layan menu mudah n sedap ni...

ha.. yang tabur2 kat atas tu adalah Udang kering yang di goreng..
mmm jangan x cuba.. sedap tau...
Jom .. erma tepek tuk rujukan atau sesiapa yang sudi mencuba...

Bahan2
1 cekak Asparagus di potong 1-2 inci
3 biji bawang putih - diketuk
5 sudu Udang kering - goreng dgn minyak yg sedikit
3-5 tangkai cili - diketuk (ikut kepedasan)
3 sdu Sos tiram
garm n gula secukup rasa...

Cara2

- Panaskan minyak n tumis bawang putih, cili n 1/2 Udang kering yg telah digoreng
- bila sebati n wangi... + Asparagus..
- + Sos Tiram.. kacau sebati
- perasakan ngan garam n gula
SIAP n boleh dihidangkan...Taburkan baki Udang kering atas Sayur yang dihidang..
** pastikan memasak tidak begitu lama untuk mengekalkan kesegaran Asparagu...
SELAMAT MENCUBA



Roti Telur Mudah

Roti Telur MudahKu

Salam Jumaat semua... morning.. morning.. morning... he he he kasi n3 pepagini he he he panas lagi menu sarapan pagi kami... hu huhu sekejapnyer dah hujung minggu bekerja.. pejam celik-pejam celik dah hari Jumaat... cepat betul masa berlalukan?.. Oklah menu sarapan kami yang mudah n cepat disediakan.. sesuai utk i yang sokmo bangun lewat ha ha ha ha sebenarnyer ni menu berulang.. lah kata hidup bagai roda.. pastinyer akan pusing ulangan ha ha ha alasan...kalau ader sesiapa yang nak tgk atau cuba boleh lah jenguk kat SINI atau SANA atau SITU pun ader jugak ha ha ha kan? kan? kan? manyaknyer... he he he jgn marah... Jom layan bekpes ngan erma...


tgk sekari goreng.. 4 keping.. laju2 laju2



SIAP... senang kejer..

Khamis, 9 Jun 2011

Tomyam Ayam

Tomyam Ayam

Salam semua... mmmm lamanyer x masak n mkn tomyam ni... antara menu lebur melebur... tapi kalau x der stok daun limau purut n serai... alamatnyer terkuburlah nak melebur Tomyam ni...