Rabu, 3 Mac 2010

Puff Roti vs pes Daging Cincang

Roti Puff...

Salam semua N3 kalini menu sarapan yang cepat n mudah disediakan he he he..betul ke ejaan akutu? he he hantam sajalah.. ni aku reka cipta he he he... sebenarnye malas nak uli tang kulit tu he he rasanyer pun not bad ikut citarasa jek... memang syedap buat tak banyak n tuk bekal SK.. die komen syedap.. he he he.. apa-apa aje.. jom sarapan.. jangan segan2..

Rotipuff vs pes dagingKu..
jom kiter syer he he he
Bahan kulit:
Roti keping/ potong (ikut citarasa jenama, erma pakai gardiner) buang bahagian tepi roti n canaikan roti... roti akan menjadi leper n padat... ketepikan.
Bahan Inti:
sebenarnye tang inti ni ikut citarasa tapi erma pakai pes daging..
  • 200g daging cincang
  • *2 biji tomato
  • *1 labu bawang besar
  • *3 ulas bawang kecil
  • *1 ulas bawang putih
  • 3 sudu sos tomato
  • 5 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu susu segar
garam n gula secukup rasa.
-potong dadu bahan bertanda*
Cara2 : tumiskan bawang kecil n putih dengan minyak api sederhana...setelah kekuningan masukkan bawang besar n tomato yang telah dipotong dadu.. kacau n gesek sehingga bahan sebati n menjadi pes tomato yang harum... masukkan daging cincang n tumis hingga masak.. masukkan sos tomato, cili dan tiram. perasakan dengan garam n gule...masukkan susu segar n tada...telah siap pes daging kita...
Cara menyediakan... ambil roti yang telah dicanai, letakkan inti secukupnya, lipat roti n tekan keliling roti dengan menggunakan garfu. ulang hingga siap n bakar pada suku 150 selama 5-7 minit.. ikut citarasa kegaringan anda... tada siap... he he he
selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan